Saturday, 3 September 2011

MAIN MASAK-MASAK 1...

 Ya Puan-puan, resepi kita hari ini ialah biskut cornflakes dengan madu...
 Sambil buat sambil makan...yum..yum....


 Chef Haris....
 Tadaaaaa........dah jadi pun biskut berkhasiat,,,,
Sedap tak ? selamat mencuba....

Gigi ku sihat....

 Gosok jangan tak gosok....



FIRE...FIRE....

 Khusyuknyer adik - adik dengar talk dari uncle bomba....
 Beraninyer adik nie....
 Tolong kawan....sikap yang baik..
 Bestnyer dapat main air...
Cikgu Hamidahpun nk main sekali...

PIZZA KASIH SAYANG...

 Hasil kerja kanak-kanak...Macam-macam ada di atas pizza tue..yum..yum...


Sambil buat kiter share....tolong-tolong kawan ....


Khusyuknyer adik nie buat sampai tak sedar cikgu ambil gambar...Good job...

Monday, 18 April 2011

SEKOLAH KU...



Tabika Perpaduan Changlun adalah satu-satunya tabika yang ditadbirkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional  di mana ianya berada di bawah Jabatan Perdana Menteri yang terletak di tengah-tengah pekan Changlun berhampiran jalan raya menuju ke Kodiang, Kedah. Tabika Perpaduan Changlun ini berkongsi dengan bangunan Pusat Penghulu Daerah Mukim Temin.

Meskipun berkembar dengan bangunan Penghulu Mukim Temin Tetapi bangunannya adalah bangunan sendiri yang ditentukan oleh JPNIN pusat  di mana ianya dibina atas permintaan Rukun Tetangga  kawasan Sungai Temin. 

Encik Ismail Bin Zakaria adalah Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu. Beliau menyelia dan mengawasi pentadbiran dan aktiviti Rukun Tetangga dan tabika-tabika disekitar kawasan tersebut.Dibawah pentadbiran beliau terdapat tiga orang lagi Penolong Pegawai Perpaduan di mana salah seorang diantara mereka ialah Puan Intan Syapiza Bt. Hat.Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menjaga urusan pentadbiran Rukun Tetangga dan Kelas Tabika Perpaduan Changlun.

Tabika ini menerima kanak-kanak yang berumur 4 tahun (lahir bulan Januari sahaja), 5 dan 6 tahun. Kurikulum Tabika Perpaduan adalah mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga dengan penubuhan Tabika Perpaduan ini dapatlah melahirkan insan  yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,  rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan  kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan  warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara Malaysia.
Glitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word Generator
Glitter Word Generator

WELCOME TO OUR PAGES...

i cant live without you