Tabika Perpaduan Changlun adalah satu-satunya tabika yang ditadbirkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional di mana ianya berada di bawah Jabatan Perdana Menteri yang terletak di tengah-tengah pekan Changlun berhampiran jalan raya menuju ke Kodiang, Kedah. Tabika Perpaduan Changlun ini berkongsi dengan bangunan Pusat Penghulu Daerah Mukim Temin.
Meskipun berkembar dengan bangunan Penghulu Mukim Temin Tetapi bangunannya adalah bangunan sendiri yang ditentukan oleh JPNIN pusat di mana ianya dibina atas permintaan Rukun Tetangga kawasan Sungai Temin.
Encik Ismail Bin Zakaria adalah Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu. Beliau menyelia dan mengawasi pentadbiran dan aktiviti Rukun Tetangga dan tabika-tabika disekitar kawasan tersebut.Dibawah pentadbiran beliau terdapat tiga orang lagi Penolong Pegawai Perpaduan di mana salah seorang diantara mereka ialah Puan Intan Syapiza Bt. Hat.Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menjaga urusan pentadbiran Rukun Tetangga dan Kelas Tabika Perpaduan Changlun.
Tabika ini menerima kanak-kanak yang berumur 4 tahun (lahir bulan Januari sahaja), 5 dan 6 tahun. Kurikulum Tabika Perpaduan adalah mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semoga dengan penubuhan Tabika Perpaduan ini dapatlah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara Malaysia.